DOKUMENTARI BABA DAN NYONYA
Baba Nyonya, juga dikenali sebagai Peranakan atau Cina Selat, ialah keturunan pendatang Cina yang berkahwin dan berasimilasi dengan komuniti tempatan di Malaysia, Singapura dan Indonesia, di antara abad kelima belas dan ketujuh belas. Bilangan pendatang Cina meningkat ketika lombong timah di Kesang, Johor dibuka dan mula beroperasi. Dengan Melaka sebagai pusatnya, budaya Baba Nyonya telah berkembang dan membangun menjadi satu identiti campuran tersendiri. Komuniti Baba Nyonya ini berbeza daripada komuniti etnik Cina, tetapi mereka tetap menganggap diri mereka sebagai orang Cina.
“Baba” ialah satu gelaran hormat yang digunakan untuk lelaki Cina Selat, manakala “Nyonya” digunakan untuk perempuan. Kebanyakan mereka telah tinggal di sepanjang Selat Melaka sejak turun-temurun, dan berpendidikan Inggeris. Disebabkan latar belakang mereka, mereka boleh bertutur dalam dua atau lebih bahasa, dan selalu bertindak sebagai orang tengah bagi orang Cina dan British, serta Melayu dan Cina.
ASAL USUL BABA DAN NYONYA
Pada kurun ke 15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke 15 semasa pemerintahan Parameswara apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka.
Pada tahun 1459, Raja Cina telah menghantar seorang puterinya iaitu puteri Hang Li Po kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya.Pengikut-pengikut puteri Hang Li Po ini tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan inilah kesinamnbungan yang mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka.
Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Pakaian Nyonya hampir serupa dengan pakaian tradisi Melayu yang mana ia terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang.
PUTERI HANG LI POH |
BAHASA
Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien
AGAMA
Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.
KUIH NYONYA
PULUT TAI TAI
Juga dikenali dengan nama pulut tekan, pulut tai tai ini sangat mudah dikenali sebagai Kuih Nyonya kerana warna birunya yang luar biasa. Pulut ditanak bersama-sama daun pandan wangi dan diwarnakan menggunakan warna biru asli yang keluar daripada kelopak bunga telang yang juga digunakan untuk memberi warna biru pada nasi kerabu oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Sebahagian pulut yang telah ditanak akan diasingkan dan diwarnakan menjadi sedikit kebiruan lalu dicampurkan pada sebahagian lagi pulut yang tidak bewarna dan akhirnya ditekan-tekan di dalam talam supaya menjadi sedikit kental dan boleh dipotong untuk dihidangkan. Pulut tai tai berwarna campuran biru dan putih ini sangat sedap kalau dimakan dengan kaya dan dihidang panas-panas.
PULUT TAI TAI |
PAI TEE
Pai tee adalah kuih istimewa kaum peranakan Baba Nyonya. Dipanggil top hat oleh sesetengah orang kerana rupa bentuknya menyerupai topi, pai tee mempunyai bahan asas yang agak sama dengan adunan untuk membuat kuih ros atau kuih goyang cuma tanpa campuran santan kelapa dan gula. Kelongsong atau kulit pai tee dibuat menggunakan acuan khas. Pai tee biasanya berintikan sayur-sayuran seperti inti popia iaitu taugeh, lobak merah, dan boleh juga ditambah dengan udang, daging atau ayam dan amat digemari oleh kanak-kanak. Sedap kalau dimakan panas-panas, pai tee mesti dihidang dengan kuah sos pedas manis.
PAI TEE |
KUIH ANGKU
Kuih Ang Ku ini merupakan salah satu kuih tradisional Baba dan Nyonya. Ia berbentuk bulat kecil serta bujur di mana sekelilingnya terdapat tepung beras. Kuih ini agak melekit dan rasanya pula adalah manis.Kuih ini kelihatan seperti kulit kura – kura di sebelah luarannya dan ia diletakkan di atas sekeping daun pisang. Kuih ang ku atau kuih kura – kura ini berwarna merah dan memiliki tekstur yang agak kenyal. Rupa bentuk yang seakan kura – kura ini kerana orang China percaya bahawa secara tradisinya memakan kura – kura akan memanjangkan umur bagi yang memakannya. Ia juga dikatakan boleh membawa nasib yang baik serta kemakmuran.
KUIH ANGKU |
KUIH BONGKONG
Kuih bongkong atau kuih jongkong ni hanya ada di Melaka! Juga popular dikalangan orang-orang Melayu, kuih ini bertekstur lembut licin macam puding atau tofu dan mempunyai rasa unik dengan gabungan rasa lemak manis. Rasa lemak datang daripada adunan santan kelapa manakala rasa manis pula daripada kuahnya iaitu air gula Melaka. Beza kuih bongkong buatan Baba dan Nyonya dengan kuih bongkong Melayu ialah pada warnanya. Bibik Nyonya biasanya akan mewarnakan kuih bongkong dengan warna biru asli daripada bunga telang.
KUIH DADAR
KUIH BONGKONG |
KUIH DADAR
Juga dikenali sebagai kuih tayap atau dader oleh Baba Nyonya, kuih ini diperbuat daripada gulungan lempeng adunan jus pandan dan tepung di dalamnya. Berintikan kelapa parut yang dimasak dengan gula Melaka, bahan utama adunan kuih dadar adalah daun pandan yang menghasilkan kulit atau lempeng berwarna hijau yang cantik. Kuih dadar amat mudah dibuat dan menjadi kegemaran kaum-kaum lain juga selain Baba dan Nyonya.
KUIH DADAR |
PULUT INTI
Kuih berbentuk seperti nasi lemak kecil atau piramid ini diperbuat daripada pulut tanak yang dibungkus menggunakan daun pisang dengan kejutan topping berupa inti kelapa diatasnya yang diperbuat daripada kelapa parut dan gula Melaka yang manis rasanya. Seperti pulut tai tai, sesetengah Bibik Nyonya atau pembuatnya akan memberi warna biru pada pulut menggunakan bunga telang. Inti kelapa parut juga menambah warna unik, iaitu coklat keperangan hasil campuran gula Melaka yang dimasak dengan kelapa parut. Pulut inti sedap dimakan panas-panas, atau lepas sahaja dikeluarkan daripada pengukus. Kehangatan pulut akan menyerap aroma daun pisang yang digunakan untuk membungkusnya sekaligus menaikkan rasa dan beri aroma wangi pada pulut ini.
PULUT INTI |
Terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang. Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.Suku Peranakan di Indonesia ada baju kebaya tersendiri, terutamanya ‘kebaya encim’, serta mengemmbangkan corak batik tersebdiri yang bermotifkan Cina..
KASUT MANEK |
KEBAYA ENCIM |
bagus dan jelas
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsaya nak makan kuih nyonya!!
BalasPadamjemput makan!!
BalasPadamsedappp!
BalasPadambila mau belanja
BalasPadamMenarik sungguh kandungan blog ini
BalasPadamWow cool post thanks for sharing !
BalasPadamsudah lapar
BalasPadamBila nak bawa saya pergi main??
BalasPadamboleh senyum macam gambar terakhir?!
BalasPadam